Monday, March 10, 2008

Baka anak jantan SUPER untuk dijual..

Baka Anak Jantan Super (penjantan super + induk super)
umur sekarang 2 bulan
harga RM 2500.00 (boleh runding)
boleh ambil lepas cerai susu




Anak Jantan Gred Super (penjantan super + induk super)
umur sekarang 2 bulan
harga RM 2200.00 (boleh runding)
boleh ambil lepas cerai susu


Wednesday, December 26, 2007

Pakej kambing untuk dijual..

Pakej kambing utk dijual.

  • 1 penjantan Jamnapari gred super
  • 4 ekor betina Jamnapari gred super
  • 2 ekor boer cross bunting SOLD

Harga pakej yang ditawarkan RM 13, 800.00
RM 12,600.00(boleh runding).

Kepada yang berminat, anda dialu-alukan untuk melihat sendiri kambing di kandang kami dan harga sangat-sangat boleh dirundingkan terutamanya kepada yang berminat untuk membeli secara pakej. Sekiranya kurang berkemampuan untuk membeli secara pakej, pembelian secara seekor-seekor atau mengikut pilihan sendiri juga diterima. Penghantaran juga boleh dirundingkan.

Sila hubungi Hairul 012-7097489,
Saidali (Pak Ali) 012-7604344.




Penjantan Jamnapari Super (2 tahun)

Jamnapari Dara


Betina Jamnapari Super beranak sekali


Induk 'Giant' Jamnapri


Betina Jamnapari

Boer Cross bunting -SOLD !!

Boer Cross -SOLD !!




Wednesday, November 07, 2007

Mengenali Jamnapari Gred Super

Antara koleksi penjantan Jamnapari Super di kandang saya yang terkini. Bagi penternak kambing semua, bukan mudah untuk mengatakan sesekor kambing itu gred super ataupun tidak. contoh yang termudah lihatlah gambar ini dari setiap sudut. Ianya cukup sempurna dari segi bulu, muka, kaki, badan yang solid, gaya berdiri, batang leher, telinga, tanduk yang lebar, punggungnya semua cukup sempurna. Dalam usia yang muda kambing ini sudah mencapai saiz yang sebegini besar. Bagi Jamnapari betina dara ini pula denga muka, telinga yang sangat panjang dan melebar, saiz badan, ketinggian, batang leher sudah cukup membuatkan kita tersenyum kerana usianya masih muda.


Anak Jantan Jamnapari Malaysia

Anak jantan Jamnapari Malaysia ini baru berusia kira-kira 4 bulan. Walaubagaimanapun dengan muka, telinga, dan susuk tubuh yang menarik, ia sudah menampakkan ciri-ciri baka kambing yang baik. Bagi saya yang menternak kambing secara hobi, bukan kuantiti yang saya tekankan tetapi kualiti. kambing di kandang saya buat masa ini hanya kira-kira 25 ekor sahaja. Walau bagaimanapun 90% daripadanya adalah kambing yang benar-benar boleh digelar kambing baka dengan standard 5 bintang. Memandangkan harga makanan ternakan yang kian melambung saya masih boleh tersenyum kerana kambing saya tak banyak dan 70% makanan kambing saya ialah terdiri daripada daun-daun seperti senduduk, selaput tunggul, rumput israil, daun lempung, daun ubi kabu, daun mahang, daun balik angin dan rumput napier.


Jamnapari Malaysia

Jamnapari Malaysia merupakan spesis kambing yang sedang diancam kepupusan kerana lambakkan kambing "potong" dari Indonesia dan Australia yang 'kononnya' kambing baka. Bukan semuanya kambing yang diimport itu kambing potong. Tapi dalam sekapal yang masuk ada ler 2-3 ekor tapi belum tentu super. Kambing Jamnapari Malaysia ini mempunyai nilai yang sangat tinggi bagi yang tahu menilainya. Dewasa ini untuk mendapatkannya sangat sukar kerana ramai penternak yang tidak mengetahui mutunya dan telah dikacukkan dengan kambing Jamnapari Indonesia ataupun Boer. Tindakan seperti ini telah merosakkan baka kambing tersebut dan menyebabkan kepupusannya. Kambing dalam gambar tersebut adalah contoh Jamnapari Malaysia dan Anglo Nubien yang masih muda dan masih bergigi susu yang terdapat dalam kandang saya. Ia telah ditawarkan dengan harga ribuan ringgit oleh seorang peminat kambing namun saya enggan menjualnya kerana ingin membiak bakanya terlebih dahulu supaya generasi akan datang masih dapat menatapnya. Dari segi potongan dan susuk tubuh badannya amat cantik sekali dengan muka yang cembung, telinga lebar dan melampai, berwarna coklat kemerah-merahan dan berkilat dan berbadan solid. Jamnapari Malaysia atau jamnapari tempatan ini biasanya berwarna coklat koko, coklat milo, hitam ataupun coklat kemerah-merahan. Sekiranya penjagaannya betul dan rapi dari segi pemakanan dan ubat-ubatan, ia akan kelihatan kilat berkilau macam dalam gambar ini. Kambing-kambing yang saya ternak diberi makan 70% daun-daunan dan 30% makanan tambahan. Umum mengetahui bahawa kambing yang diberi makan lebih daun-daunan akan menjadi lebih sihat dan tahan serangan penyakit.




Tuesday, August 28, 2007

Kambing Saanen

Friday, August 10, 2007

Kambing Untuk Dijual...

Kambing Jantan : 1 ekor SOLD!!
Kambing Betina : 4 ekor ibu, 2 ekor anak
Harga : RM 7,000.00 (boleh runding)

Tuesday, June 05, 2007

BOER untuk dijual

Mencari kambing Boer??

Penjualan secara pakej : 6 ekor ibu dan 5 ekor anak
Harga: RM 10,500.00 (boleh runding)
SOLD!



Maklumat dan pertanyaan lanjut :

sms atau telefon : Hairul -012-7097489

e-mail : flywheel_sr20@yahoo.com

Friday, June 01, 2007

Kambing yang kurindui...